Resep Membuat Biskut


Resepi Biskut Coklat Cornflake 

Sedap dan mudah dibuat .. akak akak kena cuba ..pasti rasa nk lg dan puas hati smile emoticon
Bahan-bahan :

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 60 biji
Cara memasak : Bakar

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:

100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

CARA MEMASAK:
  • Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan b.
  • Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
  • Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.
  • Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Cheese

Bahan - bahan :

250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.



Bahan-Bahan:

Cornflakes 1 kotak
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau mixed fruit
hirisan badam
paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian
masukkan madu dan gula, kacau sebati.

2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang
dimasukkan ke dalam acuan kuih. (tak ramas pun xpe)

3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk
cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.

4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam

5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
(jangan sampai hangus sudah)



CASHEWNUT ICE-CREAM COOKIES

Bahan A:

250gm mentega
120gm gula aising
1/8 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan B:

320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastard
1/2 sudu teh serbuk penaik
50gm gajus-panggang & kisar

Hiasan:

Kuning telur, coklat masakan hitam, coklat masakan hijau dan manik halus

Cara:

1. Pukul mentega, gula aising dan pewarna kunig telur sehingga kembang
2. Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati sehingga menjadi doh
3. Rehatkan doh selama 15 minit dan canai, terap doh mengunakan penerap bentuk aiskrim
4. Susun didalam dulang pembakar, sapu kuning telur diatas permukaan dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanasakan pada suhu 150c selama 15-20minit
5. Sejukkan biskut dan double boiling coklat masakan dan hiasi dengan manik halus.



Resepi Biskut Horlicks

Bahan A

100gm mentega
50gm minyak sapi
60gm gula kaster

Bahan B

120gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm horlicks
50gm cornflakes kisar halus

Hiasan : serbuk horlicks secukupnya.

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.

2. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.

3. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.

4. Biarkan biskut suam, gaul dengan serbuk horliks.

*** jika adunan agak lembut, tambah sedikit tepung sehingga boleh di terap.



Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan - bahan :

Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.

2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.

4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.



CORNFLAKES CLUSTER PRALINE

Bahan-bahan:

150gm cornflakes (kellogs @ nestle)
50gm almond strip-bakar dahulu (saya tambah jadi 100gm)
20gm-50gm hazelnut paste @ nutella (sy guna haselnut paste)
200gm milk coklat
200gm dark coklat
Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup

Cara:

1. Cairkan coklat dengan mengunakan kaedah double boiler
2. Masukkan haselnut paste, cornflakes dan badam hiris. Kacau sebati.
3. Supaya coklat tidak cepat keras sementara kita hendak memasukkan kedalam papercup, guna rice cooker yg dipanaskan airnya dan diletakkan bekas coklat diatas nya.
4. Masukkan kedalam papercup sehingga habis.
5. Hiaskan dengan coklat putih.

Nota:

Kalau nak lebihkan badam maka kenalah lebihkan sukatan coklat. Sukatan coklat diatas dengan tambahan 100gm badam dah ngam2 tapi kalau nak tambah badam lagi maka kenalah tambahkan sedikit coklat lagi. Lagi banyak badam....lagi sedapkan..



❋Resepi Chocolate Funde Brownies ❋

Bahan-bahan :

2 bar coklat ( separa manis )
1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang.



ღღ RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS. ღღ

Suka ni Sebab ada oat ...bestttt

Bahan-bahan: 

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate bar (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, coklat bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius



ღღ BISKUT LAPIS CHEESE ღღ

Bahan-bahan :
• 250g cream cheese
• 1/2 tin susu pekat manis
• 1 bungkus biskut saltcheese
• nestum/oat seckupnya
Cara-cara :
1. Cream cheese dipukul dengan susu hingga sebati.
2. Susun biskut cheese didalam bekas yang dilapik plastik atau aluminium foil.Ratakan cheese atas biskut. Taburkan nestum/oat.
3. Ulang proses tadi dengan menyusun biskut dan sapu cheese sampai habis
4. Setiap lapis tabur oat@ nestum untuk rasa yang lebih sedap
5. Simpan dalam peti ais semalaman.
6. Siap untuk dihidang.
7. selamat mencuba



Resepi Biskut Coklat Cornflake smile emoticon

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 60 biji
Cara memasak : Bakar

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:
100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

CARA MEMASAK:
Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan b.
Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.
Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Bahan-Bahan Tart Nenas Gulung

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum

~ utk tart gulung(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)*
kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel dengan bulat2 (kecik sedikit dari guli)

Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Cara-cara membuat Tart Nenas Gulung

Ayak ke tiga-tiga tepung.Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar supaya doh ini mesra.
Ketika membuat tart gulung ini buat la macam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Buat hingga adunan habis dan bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Bakar dalam anggaran 25 minit.Angkat dan sejukkan atas rack dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


BoNuS:



Share on Google Plus

About Unknown

Terimakasih atas kunjungan anda, sebarberbagi adalah Media Literasi yang mengharapkan tersampainya informasi Literasi lebih dari sekadar membaca dan menulis, namun mencakup keterampilan berpikir menggunakan sumber-sumber pengetahuan dalam bentuk cetak, visual, digital, dan auditori.

0 comments:

Post a Comment